HALAMAN KEJAYAAN ANDA    |   PENGENALAN
MENGENAL DIRI   |   CHAKRA   |   TENAGA DALAM   |   KESIMPULANNYA   |   HUBUNGI SAYA   |   BARANGAN HIKMAH
TIADA SIAPA YG. HARUS DIPERSALAHKAN MELAINKAN DIRI SENDIRI




CHAKRA
CHAKRA bolih dimaksud kan kapada berbagai maknanya tersendiri mengikut anutan agama masing masing.  
CHAKRA atau didalam bahasa sangkrit bermakna  "Roda".  Dalam bahasa Hindu dalam kitab vedas mereka pula di namakan "Putaran Roda" manakala dalam Buddhism dinamakan "Putaran Tenaga".  Dalam Bahasa Melayu kuno ditejemahkan sabagai "Pusat Tenaga" atau lebih tepat ' HIJAB ' / " Simpul Ghaib ".  

TUGAS tugas CHAKRA


Tugas tugas Chakra pada tempat nya tertentu memainkan peranan mereka masing masing.  
Yang paling Utama diantara 7 Chakra ini ( Tujuh yg. utama dan beribu chakra mini ) adalah Chakra AJNA ( dalam bahasa Inggeris BROW CHAKRA ). Ia juga dikenali sebagai Mata Kita yang KETIGA dalam Istilah  Ilmu kerohanian. Sabahagian penuntut ilmu kebatinan memanggil nya sabagai Pancar Indera Ke enam. Pada pengajian saya, ini adalah kerana fungsi nya yang paling Utama pada mereka ( penuntut ilmu ilmu ). Walupun apa anutan mereka sekali pun, Chakra Ajna ini lah sabagai Kemasukan ' energy' atau kuasa Tenaga yang utama.  
Chakra yang lain nya tidak kurang penting peranan nya pada kemasukan Tenaga ka dalam tubuh kita.  
Enam Chakra lain yang Utama adalah lah ;

CHAKRA DASAR,
CHAKRA NIKMAT,
CHAKRA DADA,
CHAKRA TENGKOROK,
CHAKRA DAHI
                    dan
CHAKRA MAHKOTA.  
CHAKRA atau istilah nya Hijab, kian hari akan berkurangan keaktifan nya sahingga lah ia tidak dapat lagi berfungsi dan kita akan menghadapi ajal kerana tiada lagi terdapat tenaga dalam diri kita. Pergerakan kita dan apa juga perbuatan kita samaada Fikiran, bersukan, berjalan, berlari, kegiatan harian dan sebagai nya akan tidak berfungsi lagi kerana ketiadaan Tenaga. Segala aktiviti harian, baik dari segi apa pun memerlukan banyak tenaga. Sebab itu , makin kita tua samakin lemah pergerakan kita.
Bolih kah Tenaga ini di aktif kan kembali.
Jawab nya, PASTI BOLIH.

MEMBUKA HIJAB ( Pusat Kemasukan Tenaga ) atau BUKA CHAKRA ini adalah untuk mengalir kan Sumber Tenaga ( dari Alam semula jadi di persekitaran kita ) dengan cepat serta teratur. Elemen dari empat unsur semulajadi adalah API, AIR, ANGIN dan TANAH. Dari ke empat unsur ini lah anda akan memperolihi Tenaga bagi MENJANA MINDA anda serta Menjana atau mengaktif kan Tenaga yang sangat luarbiasa sememang nya ada pada diri kita, tapi kita tidak menyedari akan kehadiran nya. Apa yang saya maksudkan dengan TENAGA  LUARBIASA ini..?
Teruskan ka muka sabelah dan anda akan diterangkan secara detail dengan Klik logo di bawah ini;