HALAMAN KEJAYAAN ANDA    |  PENGENALAN
MENGENAL DIRI   |   CHAKRA   |   TENAGA DALAM   |   KESIMPULANNYA   |   HUBUNGI SAYA   |   BARANGAN HIKMAH
                         

KENALI LAH SIAPA ANDA

'Dalam perciptaan langit dan bumi, serta silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda bagi orang yang berAKAL.'
(Hadis riwayat Ali - Imran: 190)

' Tidak KU jadikan manusia dan jin, melainkan beribadat serta menyembah KU'

Sabda Junjungan rasulullaah s.a.w :
'Tuntut lah kamu Ilmu walaupun hingga ka negeri China'

MENGENAL DIRI
Tahniah!,
                  Berada di halaman ini bermakna anda kini berada setapak ka hadapan untuk memajukan diri anda sendiri.

               Anda kini berada diambang kejayaan anda sendiri bagi membina kehidupan yang anda impikan selama ini, melalui satu proses alternatif yang saya namakan  “Process mengenal ”,  dengan adunan bersama cara pernafasan yang amat mudah dan betul sambil bermain dengan Minda anda.
           Cukup mudah jika dibandingkan dengan Perguruan lain.

                                  BAGAIMANA CARANYA

                    Cara nya amat mudah dan ringkas,  anda hanya perlu sepuluh minit di waktu Lapang / senang anda untuk melakukannya selama empat puluh empat hari dan anda tidak lagi perlu melakukan apa apa dan masih mengekalkan keaktifan nya buat selama nya. Yang paling utama ialah pemahaman anda mengenai apa dia yang saya maksudkan ini.
      Proses ini adalah sama dengan proses pembukaan Tenaga Dalam pada dasarnya, tapi sabenar tidak sama pada HAKIKAT nya, sebab, Tenaga Dalam adalah Inner Energy (Tenaga Dalaman) yang menghidupkan bio-elektrik dan mengaktifkan bion bion didalam badan (Jasad) kita dan IA adalah Tenaga yang Hak pada kita, manakala Ilmu Mengenal diri ini lebih kepada mendekati Yang Maha Berkuasa. TENAGA DALAM (Inner Power) adalah tenaga yang dibekalkan seiring bersama kelahiran kita ka dunia ini dan perlu diaktifkan olih saorang GURU (Ini perlu dilakukan terlebih dahulu). Salepas pengaktifan nya, anda bolih melakukan apa sahaja bagi memenuhi impian anda mengikut cara dan perjalanan yang telah di ajarkan, manakala PSYCHIC POWER (Psikik) adalah Tenaga yang diujudkan melalui senaman, jika anda giat bersenam, maka psychic energy (psychic power) anda akan kuat keaktifannya, tapi jika anda berhenti bersenam maka Tenaga psychic anda akan lemah dan habis. Cuba anda renungkan satu firman Yang Maha Esa Firman Allah S.W.T bermaksud :

"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan AKAL FIKIRAN NYA".
    [Al-Baqarah: 269]

 Serta ini pula;
                           ” AKU berikan kamu AKAL dan FIKIRAN, mengapa kamu tidak menggunakannya ?”.
(Cuba anda renungkan sejenak).




DIRI MANA YANG HARUS DIKENAL?


      Bila menyebut Mengenal, Ramai  akan menyangka diri yang nyata ini lah harus dikenal.
Tetapi sebenarnya Tidak, Kerana DIRI yang dimaksudkan ialah Diri yang sebenarnya. Diri yang berada di dalam badan kasar ini (Jasad) atau pun Bhatin /  Kerohanian. (ada juga memanggil ROH).

Yang pertama di cipta ialah NUR MUHAMMAD, Ia nya di cipta dari cahaya JAMAL Allah Subhanawata'ala.

RASULLULLAH s.a.w. bersabda:

" Yang pertama di ciptakan ialah ROH. Dan yang pertama di ciptakan adalah CAHAYAKU, Dan yang pertama diciptakan ialah QALAM.  Dan yang pertama diciptakan ialah AKAL dan FIKIRAN.

Sekelian ROH yang dicipta mengadap Yang Maha Pencipta seraya berfirman kapada sekelian Roh itu  "Ada kah Aku Tuhan mu" maka jawap lah sekelian ROH itu  yang membawa maksud - ` Benar lah Engkau Tuhan kami `.

                Roh Roh ini telah mengenal dan mengetahui siapa akan penciptanya yaitu YANG MAHA BERKUASA,  roh roh yang terkumpul dialam Roh hanya menunggu jasad mereka sahaja dan telah berjanji kepada Yang Maha Berkuasa bahawa mereka akan beribadat kepada NYA bersama sama jasad mereka nanti. Tanpa Roh, Jasad tidak bererti dan tanpa Jasad, Roh juga tidak lengkap dan kerana itu lah Roh meminta Allah S.W.T mencipkan Jasad bagi nya.
                                      DIRI (Roh) ini lah yang harus dikenal, tapi,  dimanakah diri itu?, duduknya?, terdiri dari apakah dia?, dan dari mana kah puncanya.
Kerana DIRI ini lah yang sebenar benarnya KITA dan yang akan bertanggong jawab diatas segala kelakuan, kehendak dan perbuatan kita di dunia ini.

Tetapi apabila lahir kedunia janji tidak dapat ditunaikan. Dan Roh tidak dapat berbuat apa apa dalam hal ini. <>(Ini lah sebabnya kita tertutup dengan sendiri dan harus dibukakan semula).  

ROH ini lah sabenarnya DIRI apabila IA berada didalam jasad kasar ini. Firman Yang Maha Pencipta ;  
                                                                   “ Kenali lah KAMU rata rata, Baru kenal AKU dengan Nyata “.

                                                   ( Renungi lah, seketika )


RAHSIA DAN KEBOLIHAN DIRI


DIRI lah yang bolih menghubungi segala yang GHAIB. Tapi bagaimana dia dapat berbuat begitu kerana dia didalam jasad?  Apakah iktiar kita supaya DIRI dapat menghubungi segala yang Ghaib dan yang MAHA GHAIB?(Allah s.w.t.).

                    Semasa didalam jasad, memang dia terkongkong kerana dia didalam dan tak dapat berbuat apa apa, apa lagi menghubungi Allah yang Maha Besar. Oleh itu sekiranya kita dapat bebaskan DIRI (cahaya roh) yang duduknya didalam jasad itu keluar dari jasad (dengan pancarannya), sudah tentu ia nya akan dapat menghubungi alam Ghaib yang lain dan yang amat penting ialah menghubungi Yang Maha Berkuasa.

         Pesan Orang orang tua :  " Pandai pandai lah membawa DIRI "

Cara nya:

1. Terbuka sendiri - (Para Wali Ambia, Suhadah dan       Solihin)

2. Membukanya sendiri -  ( Ilmu yang ada Pada Guru )

3. Dibukakan -  ( Dibukakan dan doakan olih GURU )

Diantara ketiga tiga cara diatas, cara ketigalah yang di cari cari serta ini lah tujuan Utama nya anda masih berada di Halaman ini.
       Mengenal diri ialah ilmu Mengenal Tuhan sabenar dan ramai juga yang dibukakan oleh GURU yang terdahulu terbuka dan benar benar faham akan Keilmuan ini. Ia nya tidaklah sesusah yang disangka tetapi bukan juga mudah. Pesan Orang orang tua : ` Pandai pandai lah membawa DIRI`.

BOLIH KAH KITA MENDAPATNYA?

Jawapannya PASTI bolih.

Saperti diterangkan diatas kebanyakan orang yang mendapatkan nya atau mengenalnya adalah dengan cara di pelajari dari GURU.

GURU, orang yang akan mendoakan supaya dapat membukakan DIRI sebenar orang lain, ia nya akan dibuka melalui satu process pembukaan yang saya namakan pembukaan Tenaga Dalam melalui kaaedah membuka HIJAB / Simpul Ghaib, dan akan melahirkan DIRI yang sebenar benar diri atau pun pancaran cahaya Roh yang selama ini berada didalam jasad.

Bila terlahir nya DIRI sebenar Diri, maka dengan dia lah perhubungan dengan Allah Subhanawata'alla dilakukan dan dengan itu maka kita akan mendapat ilmu dengan perlu belajar, meraih segala kehendak dan apa juga impian anda selama ini. Ini dapat dilakukan dengan berdoa kepadanya (cara cara tertentu), dan DIRI sebenar diri itu lah perantaraan kita dan Penciptanya. Perantaranya tidak lain dan tidak bukan ialah DIRI nya sendiri yang telah dibukakan.

  "BARANG SIAPA MENGENAL DIRI AKAN KENAL LAH TUHAN NYA”

DENGAN DAPAT MERASAKAN SENDIRI AKAN LAHIRNYA PANCARAN DARI DALAM BADAN SENDIRI, BERSERTA DENGAN LATIHAN DAN AMALAN AMALAN YANG TERTENTU DAN PERLU DENGAN KEIKLASAN HATI, KITA AKAN KENAL DENGAN DIRI KITA YANG SEBENAR BENAR DIRI.

MAKA KITA AKAN MENDAPAT PERKARA DI BAWAH INI:

1. Mempertingkat kan Keimanan kita kepada YANG MAHA KUASA.

2. Mendapat ilmu tanpa belajar (jika bersungguh sungguh)

3. Membaiki jasad kita dari sebarang penyakit

4. Membaiki jasad orang lain dari sebarang penyakit

5. Mengubati penyakit ganjil

6. Digunakan sebagai pertahanan diri dari godaan Lak a'nat tullah

7. Digunakan untuk mempertahankan diri dari serangan musuh zahir dan ghaib.

8. Untuk makbul nya doa - Mustajab.

9. Meningkatkan Kewibaan dan Karisma anda.

10. Meraih segala kehendak dari apa juga, material, Rezki melimpah ruah dll.

Maka Pembukaan ini di namakan pembukaan CHAKRA atau HIJAB / SIMPUL GHAIB